Perbezaan perniagaan jangka masa pendek dan perniagaan jangka masa panjang?
Perniagaan jangka masa pendek diuruskan sepenuhnya oleh kami. Kebiasaanya tempoh perniagaan jangka masa pendek makan masa kurang dari 1 bulan manakala perniagaan jangka masa panjang terbahagi kepada 2 jenis,
☛ Perkongsian
☛ Pemilikan tunggal
Kebiasaanya tempoh perniagaan jangka masa panjang adalah lebih dari 1 tahun.
Bagaimanakah pembahagian keuntungan dibuat?
Bagi perniagaan jangka masa pendek, pembahagian keuntungan dibahagi mengikut peratusan keuntungan dari untung bersih iaitu sebanyak 30%. Bagi perniagaan jangka masa panjang peratusan keuntungan dibahagi mengikut persetujuan bersama untuk jenis perniagaan perkongsian manakala untuk jenis perniagaan pemilikan tunggal peratusan keuntungan adalah hak milik penuh kepada pemilik perniagaan tersebut.
Adakah pembahagian keuntungan adalah sah mengikut syarak?
Pembahagian keuntungan hasil dari pelaburan rakan niaga atas perniagaan jangka masa pendek adalah mengikut syarak, iaitu 30% dari keuntungan bersih hasil dari perniagaan yang dijalankan. Bagi perniagaan jangka masa panjang pembahagian keuntungan dari jenis perniagaan perkongsian adalah melalui persetujuan bersama manakala untuk jenis perniagaan pemilikan tunggal pembahagian keuntungan adalah hak milik penuh kepada pemilik perniagaan tersebut.
Berapa lamakah tempoh masa diambil oleh syarikat untuk membuat pemulangan modal pelaburan semula berserta keuntungan kepada pelabur?
Pemulangan modal pelaburan semula berserta keuntungan kepada pelabur, syarikat mengambil masa 5 hingga 7 hari bekerja.