RAKAN KONGSI PERNIAGAAN ditubuhkan sebagai medium bersama dalam memberi semangat serta membantu usahawan-usahawan dalam memulakan perniagaan.
Di dalam zaman IT serba canggih ini pelbagai bidang perniagaan boleh didapati hanya dengan satu klik. Namun, harus diingati bukan semua perniagaan yang dijalankan adalah sah dan kemungkinan besar adalah lebih kepada skim penipuan.
TUJUAN utama Rakan Kongsi Perniagaan ditubuhkan adalah untuk,
☛ Mengembangkan modal perniagaan rakan kongsi.
☛ Membantu rakan kongsi untuk menggandakan keuntungan samada
turut sama dalam perniagaan yang dijalankan atau menjadi sebagai
seorang pelabur perniagaan.
☛ Menyediakan platform perniagaan kepada rakan kongsi untuk
memilih perniagaan yang lebih berpotensi.
☛ Mendidik rakan kongsi dalam menguruskan perniagaan.
☛ Melahirkan rakan kongsi supaya menjadi usahawan perniagaan yang
berintegriti, amanah, jujur dan mempunyai sasaran dalam setiap perniagaan yang
diceburi.
☛ Menyediakan rancangan perniagaan dan usahasama dalam
menggandakan keuntungan dari modal rakan kongsi atas perniagaan
yang dijalankan.
☛ Rakan kongsi diberi pilihan samada untuk turut serta dalam
perniagaan yang diusahakan di bawah pengurusan kami setelah
modal berjaya dikembangkan atau terus menjadi pelabur dalam
perniagaan baru atau diberi pilihan untuk memulakan perniagaan
sendiri.
☛ Mengurangkan risiko dan kos rakan kongsi dalam memulakan
perniagaan sendiri.
Konsep perniagaan yang kami usahakan adalah menggandakan modal perniagaan rakan kongsi berdasarkan dari modal permulaan rakan kongsi di bawah Rancangan Perniagaan Jangka Masa Pendek. Tujuan kami adalah untuk melahirkan usahawan yang berdikari dimana tidak perlu membuat mana-mana pinjaman dari badan tertentu apabila memulakan perniagaan sendiri.
BAGAIMANA untuk menjadi salah seorang Rakan Kongsi Perniagaan di bawah naungan kami? Dalam meningkatkan keuntungan bagi setiap perniagaan yang diceburi untuk jangka masa panjang, kami sangat menekankan konsep kerjasama dan toleransi sesama rakan kongsi. Kualiti dikalangan Rakan Kongsi Perniagaan adalah keutamaan kami.
☛ Tiada bayaran pendaftaran untuk menjadi Rakan Kongsi Perniagaan
kami.
☛ Setiap penyertaan rakan kongsi dalam usahasama buat kali pertama
iaitu sebagai pelabur modal bagi Perniagaan Jangka Masa Pendek
dimana pembukaan Rancangan Perniagaan Jangka Masa Pendek hanya dibuka
untuk tempoh terhad pada waktu tertentu akan melayakkan anda untuk turut serta
dalam rancangan perniagaan seterusnya.
☛ Rakan kongsi perniagaan boleh memantau setiap perniagaan yang kami jalankan samada dari segi
operasi perniagaan mahupun pengurusan perniagaan.
☛ Pemulangan modal berserta keuntungan bagi Perniagaan Jangka Masa Pendek akan
diproses dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tempoh perniagaan yang dilangsungkan tamat.
☛ Tempoh perniagaan bagi Perniagaan Jangka Masa Pendek kebiasaanya makan masa
selewat-lewatnya selama sebulan.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang Rakan Kongsi Perniagaan kami, sila klik Rancangan Perniagaan Jangka Masa Pendek.